Thursday 26 July 2012

Penilaian Tahap Puteri

InsyaAllah pada 11/8/2012 akan diadakan penilaian tahap puteri untuk sekolah rendah dan menengah daerah Pontian. Surat akan menyusul kemudian. Mohon kerjasama pengerusi zon sebarkan kepada semua AJK dan pengerusi sekolah zon masing-masing. Sebarang kesulitan boleh hubungi setiausaha penilai daerah.

setiausaha daerah
Zuraini Ali - 0177200547

Thursday 19 July 2012

Aktiviti Menggosok Baju


seronok murid-murid ni menggosok baju..jangan sampai hangus baju tu sudah la....

Menggosok baju kemeja

Sebelum menjelang ramadhan, PPIM SKP sempat membuat aktiviti kemahiran menggosok baju kemeja..sesebelum tu, murid-murid telah dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki membawa baju kemeja dan iron..Diorang ni bawa je barang-barang yang disuruh oleh cikgunya..Tapi sebelum aktiviti dijalankan, diorang kumpul dahulu semua unit uniform untuk kawad asas. Selepas tu barulah diorang masuk unit uniform masing-masing..Bukan main seronok diorang menggosok baju..Maklumlah kat umah maknya yang gosokkan baju...Aktiviti PPIM terpaksa ditangguhkan seketika untuk memberi laluan kepada bulan ramadhan..Nanti kita buat aktiviti yang best-best lagi ye..

Hari Puteri Daerah

Hari Puteri Daerah telah diadakan pada 14/7/2012 bertempat di SMK Ayer Baloi..

Facebook Wan Haslina  : Hari Puteri Daerah