Friday 12 April 2013

Karnival Puteri Zon Kukup

6 April 2013 telah diadakan Karnival Puteri PPIM peringkat Zon Kukup. 5 acara yang dipertandingkan di seolah rendah dan 5 acara sekolah menengah. Antara acaranya ialah, Masakan sarapan pagi, Mini Gajet, Jahitan manik, Balutan Anduh dan Lipatan Tuala.

                                Balutan Anduh

                                  Lipatan tuala

                                    Masakan Sarapan Pagi

                                    Jahitan manik

                                  Mini Gajet

                                   Mini Gajet Sekolah menengah

Keputusan Karnival Puteri Zon Kukup, SK Penerok telah mendapat tempat ke-2 dalam acara balutan anduh, jahitan manik dan mini gajet. manakala tempat ke-3 dalam acara masakan sarapan pagi dan lipatan tuala.

Saturday 6 April 2013

Perjumpaan Mingguan-Masakan Sarapan pagi

Pada 20.3.2013, PPIM SK. Penerok telah menjalankan aktiviti masakan sarapan pagi iaitu nasi goreng. Seramai 22 orang ahli PPIM yang terlibat yang terdiri daripada murid tahun 4-6. Setiap murid diagihkan kepada 11 kumpulan yang mana setiap kumpulan 2 orang ahli. Murid-murid dikehendaki membawa sendiri semua peralatan dan bahan-bahan memasak kecuali dapur dan nasi sahaja disediakan oleh PPIM sekolah.

                                Aktiviti memasak nasi goreng

                                    Aktiviti bermula

                                    Pengalaman memasak..

                                       Dah siap pun nasi goreng

                                     Hasil masakan ahli puteri

                                 Ahli Puteri bersama masakannya..

                             Masakan diadili oleh GPK KOKO

Kem Penarafan Puteri Bongsu Cemerlang Daerah Pontian

Program ini telah dijalankan pada 1-3 Mac 2013 bertempat di Tanjong piai Resort. SK. Penerok telah menghantar 2 orang wakil murid PPIM tahun 4 dan tahun 5. Antara aktiviti yang dipelajari termasuklah kawad kaki asas, tatacara perjumpaan, ikatan buku sila dan manuk, jahitan manik dan sebagainya.

                               Kawad Kaki Asas

                                  Sessi Taklimat

                               Peragaan Busana Muslimah

                                 Sessi Tazkirah Subuh

                                  Tatacara Penutup - melipat bendera